Sunday, 10 August 2014
Ria Raya Kent di IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah
Ria Raya Kent di IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah
Majlis Ria Raya Kent diadakan sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Tun Mustapha IPG Kent pada 9 Ogos 2014. Majlis ini dihadiri oleh semua warga Kent termasuklah Pengarah danTimbalan Pengarah IPG Kampus Kent, wakil Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Ketua- ketua Jabatan, Pensyarah- pensyarah, Yang Dipertua Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) serta guru- guru pelatih. Majlis ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan antara guru-guru pelatih serta antara guru pelatih dengan pensyarah- pennsyarah IPG ini.
Pada hari tersebut, semua guru- guru pelatih PPISMP ambilan Jun 2014 diarahkan untuk menyediakan persembahan lakonan untuk meraihkan lagi majlis Ria Raya Kent.
Setiap unit perlu menyediakan juga hidangan yang bertemakan "makanan kenegerian". Kelas kami dari opsyen Bahasa Melayu (SJKC) telah menyediakan makanan daripada negeri Kedah- Perlis.

Saturday, 9 August 2014
Bahaya Tidur Dengan Lampu Menyala
Bahaya Tidur Dengan Lampu Menyala
Tidur merupakan aktiviti rutin yang dilakukan oleh setiap orang tanpa mengira usia. Tidur malam dapat mengistirahatkan fikiran kita setelah aktiviti seharian. Namun, terdapat sebagian orang yang suka tidur malam dengan lampu menyala. Adakah bahaya dari tidur malam dengan lampu menyala bagi kesihatan tubuh badan kita?
Sebenarnya, tidur pada waktu malam dengan lampu menyala ternyata akan mendatangkan pelbagai impak yang tidak baik kepada kesihatan tubuh badan kita. Mungkin anda tidak pernah bayangkan sebelum ini, tidur malam dengan kondisi lampu menyala sebenarnya akan meningkatkan risiko kita daripada menghidap penyakit kanser, kardiovaskular, gangguan sistem metabolisme dan juga diabetes.
Berikut ini merupakan antara bahaya tidur dengan lampu menyala pada waktu malam :
1. Menghambat Produksi Melatonin.
- Hormon melatonin berperanan untuk mencegah dan menghambat perkembangan sel kanser dalam tubuh badan kita. Digalakkan untuk mematikan lampu saat anda tidur malam agar hormon melatonin tersebut dapat berproduksi lebih maksima saat anda tertidur pulas.
- Paparan cahaya lampu pada waktu malam akan meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser payu dara dan kanser usus besar bagi kaum wanita.
- Jadi, para ibu dan remaja perempuan haruslah mula membiasakan diri dengan tidur malam tanpa menyalakan lampu.
3. Berisiko mengancam kesihatan tubuh badan anda
- Tidak membiasakan diri tidur malam dengan lampu ditutup akan mendatangkan pelbagai akibat seperti gangguan tidur, penyakit kardiovaskular, gangguan pada sistem metabolisme tubuh serta kemungkinan besar terkena penyakit diabetes yang akan mengancam jiwa anda.
Akhir sekali, harap semua orang agar dapat mematikan lampu semasa anda tidur pada waktu malam demi kesihatan badan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)