Thursday, 18 September 2014

Kawasan Pelancongan Yang Popular Di Sabah



1.         Gunung Kinabalu

  • Puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo
  • Ketinggian setinggi 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut.
  • Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius
  • Terbentuk dari batu granite yang masih muda
  • Merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.
  • Gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
  • Mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
  • Merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.
  • Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia
2.         Pulau Sipadan


  • Berhampiran dengan Semporna, Sabah.
  • Sebuah pulau yang amat cantik dan indah.
  • Satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.
  • Pernah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia
  • Alam bawah laut pulau ini memberi kepuasan kepada para penyelam. 
  • Pemandangan yang penuh dengan kehidupan laut seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya.

3.         Tanjung Simpang Mengayau


  • Bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, Sabah
  • Juga dinama sebagai Tips Of Borneo
  • Dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah'
  • Menjadi kebanggaan penduduk Kudat dan rakyat Sabah
  • Ia merupakan tempat pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu
  • Dalam bulan-bulan tertentu sepanjang tahun, terdapat satu fenomena pertembungan kedua-dua laut ini.
  • Terbentuk dari batu-batuan yang menarik. Terdapat juga lubang-lubang air yang berisi ketam kecil dan ikan.
4.         Taman Bukit Tawau


  •  Terletak 22 kilometer dari bandar Tawau
  • Merupakan pusat tadahan air terpenting untuk hampir 1 juta penduduk tiga daerah Pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan Kunak.
  • Menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung Maria (1,067M).
  • Keadaan muka bumi adalah berbukit bukau dengan ketinggian sekitar 30 meter hingga 1,312 meter dari paras laut.
  • Merupakan hutan hujan tropika yang ditumbuhi pelbagai spesies tumbuhan berbunga yang menjadi habitat flora dan fauna
  • Mempunyai dua kawasan air terjun yang menjadi tumpuan iaitu Air Terjun Table dan Air Terjun Bukit Gelas.

5.         Rumah Terbalik


  • Merupakan rumah terbalik pertama di Asia Tenggara dan nombor ketiga di dunia
  • Dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee
  • Merupakan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun
  • Dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli
  • Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.
6.         Taman Negara Kinabalu/ Kinabalu National Park


  • Dibuka pada tahun 1964 dan merupakan yang tertua serta paling popular di rantau ini
  • Taman negara yang telah diwartakan pada 2002
  •   Dihiasi oleh Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,085 meter, yang Merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.
  • Kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan sehingga tumbuhan renek pada ke aras tinggi.
  • Ia telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara dan amat kaya dengan contoh tumbuhan flora dari Himalaya, China, Australia, Malaysia termasuk tumbuhan tropika sejagat.
  • Kini, ia berada di bawah pentadbiran Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.

7.         Kolam Air Panas


  • Terletak di Ranau, Sabah
  • Ia terletak lebih kurang 40km dari Kinabalu National Park
  • Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring
  • Terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
  • Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
  • Para pelancong berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.
  • Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid

8.         Pulau Selingan



  • Pulau Selingan berada 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan sempadan Malaysia Filipina.
  • Tergolong dalam gugusan pulau penyu bersama 2 pulau lain iaitu Pulau Gulisan dan Pulau Bakungan Kecil.
  • Pulau selingan menjadi tumpuan kepada penyu-penyu daripada spesies “Green Turtle” yang mendarat serta bertelur sepanjang tahun di pesisiran pantai pulau Selingan.
  • Pelancong boleh melawat ke pusat penetasan penyu bagi menyaksikan proses pengeraman penyu berjalan

Wednesday, 17 September 2014


Beberapa Kawasan Di Sarawak Yang Dijadikan Tarikan Pelancong

1.            Kampung Budaya Sarawak

  • Terletak di kaki Gunung Santubong (45 minit perjalanan dari bandar Kuching)
  • Sebuah muzium hidup yang dibina untuk mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya
  • Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari
  • Ia menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia

2.         Gua Pari-pari / Fairy Cave

 

  • Sebuah gua kapur yang terletak di kawasan Krokong Bau
  • Merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'
  • Dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah cerita dongeng tempatan. Kaum Bidayuh percaya bentuk-bentuk batu yang seakan-akan menyerupai bentuk manusia asalnya dahulu adalah manusia. Disebabkan kekejaman mereka kepada sepasang anak yatim, penduduknya telah disumpah menjadi batu.
  • Gua ini juga telah diwartakan sebagai salah satu Taman Rimba dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain oleh Jabatan Hutan Negeri.
3.         Gua Niah Miri

  • Terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak, Malaysia.
  • Sebuah gua batu kapur yang terbesar di Malaysia dan dunia serta penuh dengan sejarah.
  • Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak
  • Gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
  • Merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak.
  • Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua.

4.         Taman Negara Bako

  • Terletak 37 km dari Kuching
  • Kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak.
  • Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.
  • Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.
  • Mempunyai pelbagai haiwan liar seperti babi hutan, monyet proboscis (atau dipanggil monyet belanda berhidung besar yang hanya ada di Borneo), 150 spesis burung dan haiwan kecil seperti sang kancil serta kawasan laut, pantai, bukit, air terjun dan paya bakau

4.         Taman Negara Gunung Mulu

  • Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah timur negeri Sarawak
  • Merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia.
  • Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter.
  • Gunung Mulu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
  • Gunung Mulu merupakan puncak tertinggi di Taman Negara Mulu.
  • Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika

5.         Jong Crocodile Farm



  • Taman ternakan dan simpanan buaya daripada yang kecil kepada buaya yang ternama
  • Sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz
  • Ia terletak di sekitar daerah Padawan (sepanjang jalan Kuching-Serian) dan boleh dilawati dengan perjalanan kira kira 45 minit dari bandar Kuching.
  • Kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia. 
  • Juga menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.

 


Monday, 15 September 2014

Kepercayaan Masyarakat Melayu di Malaysia



a)    Kepercayaan Terhadap Ibu yang Mengandung

b)    Kepercayaan Dalam Kehidupan 




Kepercayaan dalam Kehidupan 
 
  1. Masyarakat Melayu mempercayai bahawa jangan menjahit pada waktu senja kerana ditakuti akan menjadi buta. Sebenarnya, kepercayaan ini adalah untuk mengelakkan jari orang tersebut tercucuk jarum semasa hari mulai gelap. 
  2. Anak dara dilarang untuk menyanyi di dalam dapur. Jika  tidak mematuhi, dipercayai akan berkahwin dengan seorang yang tua sebagai suami. Rasionalnya, kepercayaan ini diamalkan untuk mengelakkan makanan yang dimasak itu menjadi hangus kerana leka menyanyi. 
  3. Kepercayaan “Jangan minum air sambil makan, nanti perut buncit”. Masyarakat dulu tidak menggalakkan sesiapa meminum air semasa atau dengan kata lain makan sambil berselang seli dengan meminum air. Kepercayaan ini dikatakan akan mendatangkan kegemukan dan perut menjadi buncit serta melemahkan tenaga batin seseorang.
  4. Masyarakat Melayu dilarang berduduk di atas bantal kerana dikhuatiri akan tumbuh bisul. Sebenarnya, nenek moyang masyarakat Melayu ingin mengelakkan bantal tersebut daripada pecah atau koyak diduduk. Kelakuan menduduk di atas bantal juga merupakan suatu perbuatan yang tidak sopan kerana bantal merupakan tempat kita meletakkan kepala sewaktu tidur. Kepercayaan ini sebenarnya bertujuan untuk mengajar anak- anak agar berlaku sopan keran duduk di atas bantal merupakan perbuatan yang kurang enak dipandang. Tambahan pula, jika terdapatnya tetamu di rumah, adalah kurang sopan jika bantal yang diduduk itu dihulurkan pula kepada tetamu untuk tidur. 
  5. Masyarakat Melayu dilarang memukul, mendera atau mencederakan binatang. Jika tidak, dikhuatiri anak yang bakal lahir akan mengalami kecacatan. Rasionalnya, hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan penganiayaan terhadap haiwan yang tidak berdosa. 
  6. Kepercayaan “Jangan memotong kuku pada waktu malam, nanti akan didatangi malang” juga diamalkan oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mempercayai memotong kuku pada waktu malam akan didatangi malang. Larangan ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu terpotong kuku secara berlebihan atau melukakan jari sendiri kerana kemampuan pandangan mata yang tidak berapa jelas.
Kepercayaan Terhadap Ibu Yang Mengandung
a) Segi perlakuan
  1. Dilarang mencaci atau mengumpat orang lain kerana perbuatan ibu akan mempengaruhi kandungan ibu. Dipercayai juga ibu yang mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. 
  2. Si ibu dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga kerana dikhuatiri akan dikacau atau digusik oleh hantu. 
  3. Ibu yang mengandung juga dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari. 
  4. Seseorang itu dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang semasa mengandung.  
  5. Seseorang yang mengandung tidak boleh menziarahi orang mati kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatannya dan juga kandungannya. Ibu dilarang menyentuh mayat kerana khuatiri anak yang akan dilahirkan akan cacat anggota badannya. 
  6.  Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anaknya yang lain melangkah perutnya kerana dikhuatiri anak akan lahir itu akan mengalami kecacatan anggota badan atau dilahirkan tidak cukup bulan.  
  7. Wanita hamil juga dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin. 
  8. Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda- benda yang menakutkan kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
Semua kepercayaan ini diamalkan adalah untuk keselamatan anak yang berada di dalam kandungan. Jika perbuatan ini dilakukan, adalah dikhuatiri bahawa  anak yang bakal lahir itu akan mengalami kecacatan bibirnya atau anggota-anggota badan lainnya. 

b) Segi pemakanan

  1. Ibu yang baru mengandung adalah dilarang memakan makanan dan minuman yang sejuk, panas dan binatang yang bersisik atau berkulit kasar. Pada peringkat awal mengandung, ibu dilarang minum air kelapa dan air tebu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan akan gugur. Ibu yang mengandung juga dilarangkan memakan buah nanas dan betik muda. Semua perkara ini dilarangkan adalah kerana perbuatan tersebut akan melemahkan kandungan, kesihatan ibu dan kemungkinan boleh menyebabkan keguguran. 
  2. Selain itu, dilarang memakan sotong. Hal ini adalah diercayai bahawa ibu mengandung yang memakan sotong akan menyebabkan hantu mencekik ataupun mencerut bayi dalam kandungan kerana sotong mempunyai banyak tangan yang biasanya disebut sebagai janggut. Oleh itu ibu mengandung adalah dilarang sekali untuk memakan sotong kerana dikhuatiri akan menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin akan tercerut tali pusatnya.
  3. Apa sahaja yang diidamkan oleh ibu mengandung mestilah dipenuhi. Jika tidak, dipercayai anak yang bakal hahir akan meleleh air liurya.  
  4. Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi-bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis. 
  5. Suami juga dilarang memukul, membunuh, menyembelih memburu binatang kerana dipercayai anak yang bakal dilahirkan akan cacat.  
  6. Suami juga dilarang pulang lewat malam atau pergi ke luar negeri. 
     

Sunday, 10 August 2014

Meraikan Hari Ibu pada tahun 2014








Ria Raya Kent di IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah

Ria Raya Kent di IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah


          Majlis Ria Raya Kent diadakan sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Tun Mustapha IPG Kent pada 9 Ogos 2014. Majlis ini dihadiri oleh semua warga Kent termasuklah Pengarah danTimbalan Pengarah IPG Kampus Kent, wakil Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Ketua- ketua Jabatan, Pensyarah- pensyarah, Yang Dipertua Jabatan Perwakilan Pelajar (JPP) serta guru- guru pelatih. Majlis ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan antara guru-guru pelatih serta antara guru pelatih dengan pensyarah- pennsyarah IPG ini.

         Pada hari tersebut, semua guru- guru pelatih PPISMP ambilan Jun 2014 diarahkan untuk menyediakan persembahan lakonan untuk meraihkan lagi majlis Ria Raya Kent.


         Setiap unit perlu menyediakan juga hidangan yang bertemakan "makanan kenegerian". Kelas kami dari opsyen Bahasa Melayu (SJKC) telah menyediakan makanan daripada negeri Kedah- Perlis.