Beberapa Kawasan Di Sarawak Yang Dijadikan Tarikan Pelancong
1.
Kampung Budaya Sarawak
- Terletak di kaki Gunung Santubong (45 minit perjalanan dari bandar Kuching)
- Sebuah muzium hidup yang dibina untuk mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya
- Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari
- Ia menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia
2. Gua Pari-pari / Fairy Cave
- Sebuah gua kapur yang terletak di kawasan Krokong Bau
- Merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'
- Dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah cerita dongeng tempatan. Kaum Bidayuh percaya bentuk-bentuk batu yang seakan-akan menyerupai bentuk manusia asalnya dahulu adalah manusia. Disebabkan kekejaman mereka kepada sepasang anak yatim, penduduknya telah disumpah menjadi batu.
- Gua ini juga telah diwartakan sebagai salah satu Taman Rimba dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain oleh Jabatan Hutan Negeri.
- Terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak, Malaysia.
- Sebuah gua batu kapur yang terbesar di Malaysia dan dunia serta penuh dengan sejarah.
- Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak
- Gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
- Merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak.
- Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua.
- Terletak 37 km dari Kuching
- Kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak.
- Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.
- Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.
- Mempunyai pelbagai haiwan liar seperti babi hutan, monyet proboscis (atau dipanggil monyet belanda berhidung besar yang hanya ada di Borneo), 150 spesis burung dan haiwan kecil seperti sang kancil serta kawasan laut, pantai, bukit, air terjun dan paya bakau
4. Taman Negara Gunung Mulu
- Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah timur negeri Sarawak
- Merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia.
- Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter.
- Gunung Mulu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
- Gunung Mulu merupakan puncak tertinggi di Taman Negara Mulu.
- Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika
- Taman ternakan dan simpanan buaya daripada yang kecil kepada buaya yang ternama
- Sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz
- Ia terletak di sekitar daerah Padawan (sepanjang jalan Kuching-Serian) dan boleh dilawati dengan perjalanan kira kira 45 minit dari bandar Kuching.
- Kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia.
- Juga menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.
No comments:
Post a Comment