Kawasan Pelancongan Yang Popular Di Sabah
1. Gunung
Kinabalu
- Puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo
- Ketinggian setinggi 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut.
- Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius
- Terbentuk dari batu granite yang masih muda
- Merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.
- Gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
- Mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
- Merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.
- Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia
2. Pulau
Sipadan
- Berhampiran dengan Semporna, Sabah.
- Sebuah pulau yang amat cantik dan indah.
- Satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.
- Pernah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia
- Alam bawah laut pulau ini memberi kepuasan kepada para penyelam.
- Pemandangan yang penuh dengan kehidupan laut seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya.
3. Tanjung
Simpang Mengayau
- Bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, Sabah
- Juga dinama sebagai Tips Of Borneo
- Dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah'
- Menjadi kebanggaan penduduk Kudat dan rakyat Sabah
- Ia merupakan tempat pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu
- Dalam bulan-bulan tertentu sepanjang tahun, terdapat satu fenomena pertembungan kedua-dua laut ini.
- Terbentuk dari batu-batuan yang menarik. Terdapat juga lubang-lubang air yang berisi ketam kecil dan ikan.
4. Taman
Bukit Tawau
- Terletak 22 kilometer dari bandar Tawau
- Merupakan pusat tadahan air terpenting untuk hampir 1 juta penduduk tiga daerah Pantai Timur Sabah iaitu Tawau, Semporna dan Kunak.
- Menempatkan tiga puncak gunung tertinggi daerah Tawau (dulunya gunung berapi) iaitu Gunung Magdalena setinggi 1,310 meter dari paras laut, Gunung Lucia (1,189M) dan Gunung Maria (1,067M).
- Keadaan muka bumi adalah berbukit bukau dengan ketinggian sekitar 30 meter hingga 1,312 meter dari paras laut.
- Merupakan hutan hujan tropika yang ditumbuhi pelbagai spesies tumbuhan berbunga yang menjadi habitat flora dan fauna
- Mempunyai dua kawasan air terjun yang menjadi tumpuan iaitu Air Terjun Table dan Air Terjun Bukit Gelas.
5. Rumah Terbalik
- Merupakan rumah terbalik pertama di Asia Tenggara dan nombor ketiga di dunia
- Dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee
- Merupakan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun
- Dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli
- Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.
6. Taman Negara Kinabalu/ Kinabalu
National Park
- Dibuka pada tahun 1964 dan merupakan yang tertua serta paling popular di rantau ini
- Taman negara yang telah diwartakan pada 2002
- Dihiasi oleh Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,085 meter, yang Merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.
- Kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan sehingga tumbuhan renek pada ke aras tinggi.
- Ia telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara dan amat kaya dengan contoh tumbuhan flora dari Himalaya, China, Australia, Malaysia termasuk tumbuhan tropika sejagat.
- Kini, ia berada di bawah pentadbiran Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.
7.
Kolam Air Panas
- Terletak di Ranau, Sabah
- Ia terletak lebih kurang 40km dari Kinabalu National Park
- Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring
- Terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
- Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
- Para pelancong berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.
- Terdapat juga Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid
8. Pulau Selingan
- Pulau Selingan berada 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan sempadan Malaysia Filipina.
- Tergolong dalam gugusan pulau penyu bersama 2 pulau lain iaitu Pulau Gulisan dan Pulau Bakungan Kecil.
- Pulau selingan menjadi tumpuan kepada penyu-penyu daripada spesies “Green Turtle” yang mendarat serta bertelur sepanjang tahun di pesisiran pantai pulau Selingan.
- Pelancong boleh melawat ke pusat penetasan penyu bagi menyaksikan proses pengeraman penyu berjalan
No comments:
Post a Comment