Monday, 15 September 2014

Kepercayaan Masyarakat Melayu di Malaysia



a)    Kepercayaan Terhadap Ibu yang Mengandung

b)    Kepercayaan Dalam Kehidupan 




Kepercayaan dalam Kehidupan 
 
  1. Masyarakat Melayu mempercayai bahawa jangan menjahit pada waktu senja kerana ditakuti akan menjadi buta. Sebenarnya, kepercayaan ini adalah untuk mengelakkan jari orang tersebut tercucuk jarum semasa hari mulai gelap. 
  2. Anak dara dilarang untuk menyanyi di dalam dapur. Jika  tidak mematuhi, dipercayai akan berkahwin dengan seorang yang tua sebagai suami. Rasionalnya, kepercayaan ini diamalkan untuk mengelakkan makanan yang dimasak itu menjadi hangus kerana leka menyanyi. 
  3. Kepercayaan “Jangan minum air sambil makan, nanti perut buncit”. Masyarakat dulu tidak menggalakkan sesiapa meminum air semasa atau dengan kata lain makan sambil berselang seli dengan meminum air. Kepercayaan ini dikatakan akan mendatangkan kegemukan dan perut menjadi buncit serta melemahkan tenaga batin seseorang.
  4. Masyarakat Melayu dilarang berduduk di atas bantal kerana dikhuatiri akan tumbuh bisul. Sebenarnya, nenek moyang masyarakat Melayu ingin mengelakkan bantal tersebut daripada pecah atau koyak diduduk. Kelakuan menduduk di atas bantal juga merupakan suatu perbuatan yang tidak sopan kerana bantal merupakan tempat kita meletakkan kepala sewaktu tidur. Kepercayaan ini sebenarnya bertujuan untuk mengajar anak- anak agar berlaku sopan keran duduk di atas bantal merupakan perbuatan yang kurang enak dipandang. Tambahan pula, jika terdapatnya tetamu di rumah, adalah kurang sopan jika bantal yang diduduk itu dihulurkan pula kepada tetamu untuk tidur. 
  5. Masyarakat Melayu dilarang memukul, mendera atau mencederakan binatang. Jika tidak, dikhuatiri anak yang bakal lahir akan mengalami kecacatan. Rasionalnya, hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan penganiayaan terhadap haiwan yang tidak berdosa. 
  6. Kepercayaan “Jangan memotong kuku pada waktu malam, nanti akan didatangi malang” juga diamalkan oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mempercayai memotong kuku pada waktu malam akan didatangi malang. Larangan ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu terpotong kuku secara berlebihan atau melukakan jari sendiri kerana kemampuan pandangan mata yang tidak berapa jelas.
Kepercayaan Terhadap Ibu Yang Mengandung
a) Segi perlakuan
  1. Dilarang mencaci atau mengumpat orang lain kerana perbuatan ibu akan mempengaruhi kandungan ibu. Dipercayai juga ibu yang mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. 
  2. Si ibu dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga kerana dikhuatiri akan dikacau atau digusik oleh hantu. 
  3. Ibu yang mengandung juga dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari. 
  4. Seseorang itu dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang semasa mengandung.  
  5. Seseorang yang mengandung tidak boleh menziarahi orang mati kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatannya dan juga kandungannya. Ibu dilarang menyentuh mayat kerana khuatiri anak yang akan dilahirkan akan cacat anggota badannya. 
  6.  Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anaknya yang lain melangkah perutnya kerana dikhuatiri anak akan lahir itu akan mengalami kecacatan anggota badan atau dilahirkan tidak cukup bulan.  
  7. Wanita hamil juga dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin. 
  8. Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda- benda yang menakutkan kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
Semua kepercayaan ini diamalkan adalah untuk keselamatan anak yang berada di dalam kandungan. Jika perbuatan ini dilakukan, adalah dikhuatiri bahawa  anak yang bakal lahir itu akan mengalami kecacatan bibirnya atau anggota-anggota badan lainnya. 

b) Segi pemakanan

  1. Ibu yang baru mengandung adalah dilarang memakan makanan dan minuman yang sejuk, panas dan binatang yang bersisik atau berkulit kasar. Pada peringkat awal mengandung, ibu dilarang minum air kelapa dan air tebu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan akan gugur. Ibu yang mengandung juga dilarangkan memakan buah nanas dan betik muda. Semua perkara ini dilarangkan adalah kerana perbuatan tersebut akan melemahkan kandungan, kesihatan ibu dan kemungkinan boleh menyebabkan keguguran. 
  2. Selain itu, dilarang memakan sotong. Hal ini adalah diercayai bahawa ibu mengandung yang memakan sotong akan menyebabkan hantu mencekik ataupun mencerut bayi dalam kandungan kerana sotong mempunyai banyak tangan yang biasanya disebut sebagai janggut. Oleh itu ibu mengandung adalah dilarang sekali untuk memakan sotong kerana dikhuatiri akan menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin akan tercerut tali pusatnya.
  3. Apa sahaja yang diidamkan oleh ibu mengandung mestilah dipenuhi. Jika tidak, dipercayai anak yang bakal hahir akan meleleh air liurya.  
  4. Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi-bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis. 
  5. Suami juga dilarang memukul, membunuh, menyembelih memburu binatang kerana dipercayai anak yang bakal dilahirkan akan cacat.  
  6. Suami juga dilarang pulang lewat malam atau pergi ke luar negeri. 
     

No comments:

Post a Comment